Translator

15 Mac 2015

Perihal lidah

Lidah manusia itu lebih banyak tergelincir daripada kaki by @UC Browser

27 Feb 2015

DOA iftitah yang selalu kita baca

Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan dalam "al-Jaami`ush Shahih", jilid 2 halaman 99, sebuah hadits yang menceritakan keistimewaan ungkapan zikir pembukaan shalat ini. Diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Umar radhiyAllahu `anhuma sebagai berikut:-

" Allahu Akbar kabira, walhamdulillahi kathira....wa ana minal Muslimin. "

Ketika kami sedang mengerjakan shalat bersama dengan Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka seseorang daripada jemaah mengucapkan "Allahu akbaru kabira, wal-hamdulillahi katsiira, wa subhanAllahi bukrataw wa ashiila". [Selepas shalat] Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Siapakah yang berkata dengan kalimah sedemikian?" Maka lelaki tersebut menjawab: "Saya, wahai Rasulullah." Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda lagi: " Aku takjub dengannya (yakni dengan kalimah yang diucapkan tersebut) kerana telah dibukakan baginya pintu - pintu langit." Sayyidina `Ibnu `Umar radhiyaAllahu `anhuma berkata: "Maka aku tidak meninggalkan bacaan tersebut sejak aku mendengar Junjungan Rasullullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda sedemikian."
 
Allahu ... Allah, tak terbayang besarnya kerugian jika kita tinggalkan kalimah zikir ini semata-mata kerana kita nak cepatkan shalat kita. Kalau sekadar 3 kalimah tersebut, 5 saat pun tak sampai untuk membacanya. Dalam apa jua shalat yang kita laksanakan, rajin - rajinlah menyempurnakan segala kesunnahan yang ada padanya, setidak-tidaknya janganlah sampai asal sunnah pun ditinggalkan.

Jika tak mampu nak membaca doa iftitah sehingga akhirnya sebagaimana biasa, maka bacalah setakat 3 kalimah zikir yang agung ini. Mudah-mudahan dengannya dibukakan segala pintu langit ketika permulaan shalat kita lagi dan dengan pembukaan tersebut, naiklah shalat kita sebagai satu amalan shalih yang makbul diterima di sisi Allah

by @bahrusofa.blogspot.com