ISBN: 978-983-097-189-6 Baca: 2011-10-09 Rating: 10/10
Nota ShimG:
Buku ini amat berharga buat para pelajar yang sedang hangat bercinta atau kepada suami isteri yang sudah kurang cinta dalam rumahtangga mereka. ShimG mengalakkan semua pasangan yang ingin berumahtangga memiliki buku ini sebagai panduan dalam berumah tangga.
Erti sebuah perkahwinan
Erti hidup pada memberi, saya(Penulis) berumah tangga bukan untuk menerima, tetapi untuk memberi. Memberi perhatian, memberi kasih sayang, memberi nafkah, memberi kasih sayang, memberi kebaikan.
kebaikan isteri disyukuri, kekurangannya diredhai.
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi"bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah"
Berapa ramai yang menluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama.
Manusia tidak mungkin hidup tanpa ujian, kerana ujian-ujian itulah sebernarnya kehidupan kita.
Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta tetapi juga pada saling mempercayai.
Menguruskan fikiran tentang perkahwinan
Perkahwinan sebenarnya mengabungjalinkan antara cinta, tanggungjawab, kasih sayang dan peranan.
Pepatah arab mengatakan"air yang tidak mengalir, akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong, akan dibunuh oleh masa kosong itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan